Adab makan merupakan aspek penting dalam agama Islam yang diajar dan diamalkan oleh Rasulullah SAW. Adab makan bukan sekadar tentang cara kita mengambil dan menikmati makanan, tetapi ia juga merangkumi tatacara, sikap, dan penghormatan terhadap makanan yang diberikan oleh Allah SWT kepada kita.
Makanan sebagai Nikmat dan Rezeki dari Allah
Rasulullah SAW mengajar umatnya untuk sentiasa bersyukur dan mengingati Allah sebelum serta selepas makan. Ianya untuk mewujudkan rasa penghargaan terhadap kurniaan Illahi. Oleh itu, sentiasa amalkan doa sebelum makan dan selepas makan.
Baca Juga : Pilihan Makanan Sihat yang Sesuai untuk Diet
Kepentingan Berkongsi Rezeki
Rasulullah menekankan kepentingan berkongsi hidangan dengan orang lain. Baginda menyuruh umatnya untuk menjemput orang lain bagi menyertai majlis makan mereka. Dalam situasi ini, adab makan membentuk tali silaturahim dan mengukuhkan hubungan sosial.
Beradab dengan Makanan
Cara makan yang sopan juga diajar oleh Rasulullah agar kita memakan makanan dengan beradab. Misalnya, menggunakan tangan kanan untuk makan, mengambil sedikit makanan pada satu masa, dan tidak melahap. Ini menunjukkan pengawalan diri sendiri dan cara kita menghormati makanan.
Menjaga Kesucian Makanan
Rasulullah mendorong umatnya untuk menghapuskan najis yang mungkin terkena makanan, serta menghindari pembaziran makanan. Amalan ini dapat mencerminkan tanggungjawab terhadap pemberian Allah. Ianya amat penting bagi kita memastikan makanan yang diambil halal lagi baik, halalan toyyiba.
Baca Juga : Tempat Makan Meriah di Bangi
Tidak Boros
Pembaziran makanan merupakan satu isu serius yang perlu diatasi dalam masyarakat kita. Menurut statistik, jumlah makanan yang dibazirkan setiap tahun sangat besar dan memberi kesan kepada ekonomi, alam sekitar, dan tanggungjawab sosial kita.
Rasulullah mengajar bahawa kita sepatutnya makan dengan secukupnya dan tidak berlebihan. Kawalan yang baik terhadap nafsu makan adalah penting untuk kesihatan fizikal dan spiritual. Namun, bagaimana kita boleh mengelakkan pembaziran makanan? Berikut adalah beberapa cara yang boleh diambil:
1. Merancang dengan Tepat
- Mula dengan merancang hidangan anda. Beli makanan mengikut senarai yang telah disediakan dan elakkan membeli terlalu banyak makanan jika ia tidak akan digunakan sepenuhnya sebelum tarikh luput.
2. Pastikan Suhu Peti Sejuk
- Suhu peti sejuk hendaklah disetkan pada tahap yang sesuai untuk makanan yang disimpan. Ini membantu makanan bertahan lebih lama dan mengurangkan risiko cepat rosak.
3. Simpan dengan Betul
- Simpan makanan dalam bekas kedap udara atau pembungkusan yang sesuai untuk memastikan kelembapan dan udara tidak merosakkan makanan dengan cepat.
4. Gunakan Makanan Tersisa
- Manfaatkan makanan sisa untuk membuat hidangan baru. Makanan sisa boleh dijadikan bahan utama dalam sup, lauk tambahan atau hidangan pasta. Contohnya menggunakan ikan goreng yang tidak habis semalam untuk dibuat nasi goreng ikan.
5. Mengawal Bahagian
- Ketika menyediakan hidangan, pastikan bahagian yang diambil sesuai dengan nafsu makan anda. Elakkan mengambil lebih banyak dari yang anda mampu makan. Ianya mampu mengelakkan pembaziran makanan.
6. Berbuat Kebajikan Sesama Masyarakat
- Sertai program atau inisiatif komuniti yang membantu mengumpul makanan yang berlebihan dari rumah atau restoran untuk disalurkan kepada mereka yang memerlukan.
7. Lihat Tarikh Luput
- Sentiasa menyemak tarikh luput pada produk makanan sebelum anda membeli. Mulakan penggunaan dengan makanan yang akan luput lebih awal.
8. Kreatif dengan Makanan yang Hampir Rosak
- Beberapa buah atau sayur yang hampir rosak kebiasaannya masih boleh digunakan dalam hidangan. Potong bahagian yang rosak dan gunakan bahagian yang masih baik.
9. Kompos Sisa Makanan
- Jika makanan sudah rosak atau tidak selamat untuk dimakan, gunakan ia sebagai bahan untuk kompos. Dengan ini, kita dapat mengelakkan pembaziran dan menjimatkan wang dengan membuat baja sendiri.
10. Pendidikan dan Kesedaran
- Ajarkan keluarga dan anak-anak mengenai kesan pembaziran makanan dari rumah. Pengetahuan dan kesedaran akan memberi impak besar dalam mengurangkan pembaziran.
11. Pantau Amalan Anda
- Sentiasa memeriksa amalan pengurangan pembaziran makanan anda dan buat penyesuaian di mana perlu. Semakin peka, semakin efektif kita dalam mengelakkan pembaziran.
Mengelakkan pembaziran makanan adalah tanggungjawab kita sebagai individu dan masyarakat. Dengan mengamalkan langkah-langkah yang di atas, kita dapat memainkan peranan dalam menjaga sumber daya dan memastikan makanan yang dihasilkan tidak terbuang sia-sia.
Sopan ketika Makan
Selain itu, adab makan yang keenam adalah menjaga kesopanan semasa makan. Rasulullah mengingatkan agar kita tidak bersuara kuat, tidak berbicara dengan mulut penuh, dan tidak membuang makanan di tempat yang tidak sesuai. Ini membuktikan bahawa kita mempunyai rasa hormat terhadap makanan dan juga kepada mereka yang berkongsi hidangan.
Pemilihan Makanan Halal dan Baik
Adab makan ketujuh merangkumi pemilihan jenis makanan yang halal dan baik. Rasulullah menegaskan kepentingan makanan yang halal dan tidak diragui asal-usulnya. Dengan memilih makanan yang baik dan bersih, ianya adalah salah satu tindakan yang mendukung kesihatan dan kebersihan diri yang baik.
Membaca Doa Sebelum dan Selepas Makan
Akhir sekali, adab makan yang terakhir dan yang paling penting adalah membaca doa sebelum dan selepas makan. Rasulullah mengajar doa “Bismillah” sebelum makan dan “Alhamdulillah” selepas makan. Ini bukan sahaja melahirkan rasa kesyukuran kepada Allah, tetapi juga mengingatkan kita bahawa pentingnya menghubungkan setiap tindakan dengan perasaan syukur dan kesedaran rohaniah.


Kesimpulannya, adab makan menghubungkan rasa penghargaan, kesyukuran, dan penghormatan terhadap nikmat makanan yang Allah berikan. Dengan mengamalkan adab makan yang diajar oleh Rasulullah, kita bukan sahaja menjaga hubungan baik dengan Allah, tetapi juga dengan sesama manusia dan alam sekitar. Semoga kita sentiasa berupaya untuk mempraktikkan adab makan ini dalam setiap hidangan yang Allah kurniakan kepada kita.